CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 29 November 2012

tahniah buat pendebat kc :)

assalamualaikum.

perdebatan antara uda dan dara dengan usul yang bertajuk "Revolusi di Timur Tengah Sinar Baru Buat Palestin" berlangsung dengan sengit sekali di Dewan Putra 1, K13. kabinet kerajaan diwakili oleh K11 manakala barisan pembangkang pula diduduki oleh KC.

tahniah buat pendebat KC, Amirul Azwa Azhar, Maal Fikri Jelani, Asyraf Shuib dan Azeem Lenin kerana berjaya pergi ke peringkat akhir pertandingan debat bahasa melayu. tahniah buat mereka kerana menjadi naib johan pertandingan debat kali ini. daripada 16 buah kumpulan yang bertanding, mereka yang layak pergi ke final. tahniah sekali lagi diucapkan kerana mengharumkan nama Kolej Canselor :)

*you guys did very well. sumpah osem tengok korang kat depan tu :)

pendebat dari KC dan K13

Wednesday 28 November 2012

final. KC vs K11

assalamualaikum dan salam sejahtera.


FINAL DEBAT BM akan berlangsung dan perlawanan ini akan menyaksikan pertarungan minda antara UDA dan DARA.
 
KOLEJ CANSELOR menentang KOLEJ SEBELAS dengan usul: "Revolusi Timur Tengah Sinar Baru Buat Palestin"

justeru, marilah kita sama-sama menyokong pasukan debat kita di ketetapan berikut:

rabu 28/11/2012, 8.15 Malam di Dewan Putra 1 (K13). pengangkutan untuk warga KC disediakan :)

Monday 26 November 2012

separuh akhir. debat bahasa melayu

assalamualaikum.

perdebatan sengit antara adik beradik iaitu KC (A) menentang KC (B) dengan usul yang bertajuk PBB PERLU DIBUBAR dimenangi oleh KC (A).

oleh itu, pasukan debat KC (A) telah berjaya masuk ke pertandingan separuh akhir untuk debat liga putra. pertandingan separuh akhir pada malam ini akan menampilkan KC (A) berdebat dgn K2

tolong doakan kejayaan team kita utk terus ke peringkat akhir.. :D

*percubaan adik mencuri nasi abangnya nampaknya tidak berjaya :p walauapapun GO KC!

Saturday 24 November 2012

debat bahasa melayu.

keputusan terkini LIGA DEBAT PUTRA 2012.

KC (A)

KC (A) vs K6 = KC (A)
KC (A) vs K2 = KC (A)
KC (A) vs K13 = KC (A)
KC (A) vs K17 = KC (A)

kesimpulannya, KC (A) juara keseluruhan liga dan layak ke suku akhir.

KC (B)

KC (B) vs K14 = KC (B)
KC (B) vs K13 = K13
KC (B) vs KMR = KC (B)
KC (B) vs K13 = K13

kesimpulannya, KC (B) nombor ke 8 liga dan layak ke suku akhir.

jadi, dijemput semua warga untuk menyaksikan perlawanan suku akhir liga debat putra upm 2012 antara KC (A) vs KC (B) pada hari isnin, 26/11/2012 bertempat di fakulti ekonomi dan pengurusan pada jam 8.30 malam.

terima kasih.

Friday 23 November 2012

pertandingan pertama.

assalamualaikum dan salam sejahtera.

sebentar tadi telah berlangsungnya Saringan Pertama Liga Debat Putra 2012 bertempat di fakulti Ekologi Manusia.

berikut adalah keputusannya:

usul: Pemansuhan ISA: satu langkah mengundang padah

K6 vs KC (A) = KC (A)

KC (B) vs K14 = KC (B)

tahniah kepada para pendebat ! buat warga ayuh menyokong mereka esok pada jam 9.00 pagi, 11.00 dan 2.30 ptg di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan.

terima kasih.