CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 6 October 2012

KEHIDUPAN...


Seawal kita lahir , kita lahir tanpa mengetahui ape itu kehidupan dalam erti kata sebenar.  Di awal usia , kita dididik dengan pelbagai ilmu termasuklah ilmu agama. Pada umur 0-5 tahun kita diajar bercakap walaupun kita bercakap hanya segelintir je yang akan faham, tetapi kita tidak kisah malah ia menjadi bahan untuk orang sekiling kita ketawa.  Di wajah mereka terpancar kebahagiaan. Semeningkatnye umur kita, kita sudah semakin tahu ape itu kehidupan….
Di alam persekolahan, kita didedahkan dengan pelbagai ilmu, ilmu matematik, ilmu sains dan sebagainye. Di alam tersebut kita belajar untuk mengenal dunia yang lebih meluas tetapi  Itu  semua hanya dari alam sesawang bukan realiti. Bagaimana kehidupan sebagai manusia yang sebenar.  Kehidupan yang sebenar bukan seperti yang kita lihat di laman sesawang yang hanya sekadar pendapat dan pemikiran manusia.
Melangkahnye kita ke alam universiti ini yang banyak lagi ilmu yang kita boleh kutip dan kumpul. Di sini kita belajar erti kehidupan. Kehidupan yang mana kita boleh belajar tentang ragam manusia. Kita belajar dari penglihatan kita. Dari penglihatan kita dapat berfikir tentang erti kehidupan. Kehidupan bagaimana yang kita mahu untuk membahagiakan “mereka” yang pernah kita bahagiakan dengan telatah kita seketika dahulu.  Tersilapnya langkah maka hancurlah harapan untuk “kehidupan”..  kehidupan ini perlu juga ditemani dengan orang mahu faham erti kehidupan.
Selagi kita pandang  kehidupan dengan pandangan yang bersahaja maka kehidupan kita akan berlalu dengan sia-sia.  Maka pandanglah ia dengan pandangan yang bersemangat maka kehidupan ini akan bercahaya.


Merapu sorang2:-
7/10/2012
Kolej canselor ,
Upm serdang..

#1


| Hari-Hari Pujangga Cinta Sang Pencipta |


Hening pagi menyambut wajah, ku lihat sinar menusuk gelapku.
Ketika suria menjengah sinarnya ceria, namun aku masih tertunduk kaku.
Bau ibun bertebaran mendakap tubuh ini, akan tapi dinginnya tidak ku rasa.
Biarpun hangat sinarnya rawi, hati ini terus merasa pilu... dan tiada yang tahu...
Pabila hari kian terik, hatiku bertanya pada Yang Satu, "Apa Tuhan masih bersamaku ?" 
Andai bisa ku ubat luka yang lalu... andai ehsan masih ada disampingku...
Ingin sekali ku gapai... takdir yang baru, agar bisa ku lewati dengan lebih indah. 
Biarlah hari semalam menghantui ruangan sesalku,
Namun tetap kan berorak padu langkah jatiku. 
Benar mudah... di mata yang melihat jalan ini, tetapi perit hati tiada yang tahu. 
Sesekali langkahku terhenti, kadang ku berundur, dan ada waktu ku mengalah..
Di saat kekalahan itu... hatiku berteriak jitu,
Dalam terpaksa, dengan sisa-sisa kudrat yang ada... ku hembus nafas lelahku...
Begitulah hari-hari ini, sukarnya tidak hanya tergambar oleh kata-kata,
Tidak pernah terhenti rintihan hati memenuhi jasad hidupku,
Namun sabar mengajar seribu erti,
Membimbing hatiku untuk terus percaya,
Bahawa hari esok akan lebih indah,
Dan hari ini hanyalah titian ke hari yang indah itu,
Hari yang ku dambakan untuk bersama-Nya.
Hari yang menjadi mimpi indah perindu syurga,
dan di waktu itu hanyalah Tuhan yang mengukir senyum di wajahku.








pameran biro dan kelab

 carta organisasi BAKA :)


assalamualaikum

minggu lepas telah diadakan pameran biro di kolej canselor. semua pelajar dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 1 kelab dan biro yang mereka nak sertai. antara biro yang ada ialah

  • biro akademik (BAKA)
  • biro kesenian dan kebudayaan (BKK)
  • biro pembangunan kerjaya dan alumni (PEKA)
  • biro perpaduan dan keharmonian (BPK)
  • biro teknologi maklumat dan penerbitan (BITMAP)
  • biro pembangunan dan usahawan (BPU)
  • biro rekreasi dan khidmat komuniti 
  • biro sukan
dan ada bermacam-macam jenis kelab seperti  KC Speakers, kompang, gerak gempita, koir dan seni vokal dan kelab dakwah dan tarbiah canselor. keadaan? sangat meriah!

waktu pameran itu dijalankan, pelbagai jenis permainan diadakan untuk menarik minat warga menyertai booth mereka.

apa yang ada di biro akademik?

permainan yang kami adakan ialah rubic cube contest dan chess queen. sambutan yang diterima sangat menggalakkan. kelab yang bernaung di bawah biro akademik pula ialah KC Speakers dan kelab catur. selain daripada itu, pengetua dan felo KC juga ada membuat penilaian untuk booth biro dan kelab terbaik. biro terbaik dimenangi oleh BITMAP manakala kelab terbaik dimenangi oleh KTDC. tahniah diucapkan :)



kemeriahan pameran biro dan kelab

 
penilaian yang sedang dibuat oleh pengetua dan felo KC

 warga yang mendaftar :)

pendaftaran di booth biro akademik

KC Speakers

rubic cube contest. mereka boleh selesaikannya dalam masa 2 minit.

chess queen. bila ada 8 permaisuri, apa yang akan berlaku?

 BITMAP

biro sukan

PEKA

gerak gempita.


itu sahaja yang dapat dikongsi buat masa ini. sekian assalamualaikum. kalau tak jawab dosa. kalau jawab sayang :)

 

hilangkan stress 2 !


‎~ Cara menjawab telefon paling menyakitkan hati si pemanggil ~



1. Soalan: Haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: Maap. sini bukan balai polis.


2. Soalan: Haloo, siapa disana?
Jawapan: Ntah. saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane..




3. Soalan: Haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: Nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.




4. Soalan: Haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: Maap cik, nombor tak boleh disambung, hanye boleh dicampur.




5. Soalan: Haloo, mak ade rumah?
Jawapan: Mak takde rumah. Bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.




6. Soalan: Boleh saya bercakap ngan Siti?
Jawapan: Maap. Nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye… time kacih.




7. Soalan: Haloo, tolong panggilkan Samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: Sila panggil sendiri. saya sibuk. maap




8. Soalan: Halloo… …
Jawapan: Haloo. Pusat sakit mental disini. Anda ingin mendaftar?




9. Soalan: Haloo, saya nak tumpang bertanya…
Jawapan: Maap. Ini bukan kaunter pertanyaan.


10. Soalan: Haloo, Betul ke ini nombor 9898607?
Jawapan: Sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.




11. Soalan: Assalammualaikum…
Jawapan: Waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)

STRESSSS !!


1. Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk
Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.
2. Perbanyakkan membaca Al-Quran
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3. Perbanyakkan solat sunat
Sebagai mahkluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh memperbanyakkan amal ibadat dalam kehidupan seharian. Antaranya dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.
4. Selalu berdoa pada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripadaNYA yang bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. InsyaAllah, Allah akan memakbulkan doa hambaNYA yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa.
5. Bersangka baik dengan Allah
Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hambaNYA. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan jangan menyalahkanNYA jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.
6. Lakukan kegiatan luar seperti bersukan
Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cergas akan membentuk otak yang cerdas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dapat dilupakan apabila melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan badanseperti bersukan dan jogging. Situasi akan menjadi lebih gembira jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.
7. Amal diet dengan disiplin yang kuat
Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan slaah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan dietdengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal boleh menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
8. Menangis dengan sepuas hati
Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu lain dapat diredhakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu pada sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan dalam hari boleh menyebabkan diri merana. “Luaran lain hati lain” yang terdapat pada sesetengah individu apabila mereka bijak menyembunyikan perasaan sebenar/ permasalahan dihadapan orang lain. Maka dengan itulah, menangis dilihat sebagai salah satu cara kita dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.
9. Hargai kebolehan diri sendiri
Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain ketika bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Yang paling penting kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.
p/s: yang penting ini copy paste dari org lain. hahaha. try la bace, amik yang baik buang yang keruh okay. peace no war. XD