CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 6 October 2012

KEHIDUPAN...


Seawal kita lahir , kita lahir tanpa mengetahui ape itu kehidupan dalam erti kata sebenar.  Di awal usia , kita dididik dengan pelbagai ilmu termasuklah ilmu agama. Pada umur 0-5 tahun kita diajar bercakap walaupun kita bercakap hanya segelintir je yang akan faham, tetapi kita tidak kisah malah ia menjadi bahan untuk orang sekiling kita ketawa.  Di wajah mereka terpancar kebahagiaan. Semeningkatnye umur kita, kita sudah semakin tahu ape itu kehidupan….
Di alam persekolahan, kita didedahkan dengan pelbagai ilmu, ilmu matematik, ilmu sains dan sebagainye. Di alam tersebut kita belajar untuk mengenal dunia yang lebih meluas tetapi  Itu  semua hanya dari alam sesawang bukan realiti. Bagaimana kehidupan sebagai manusia yang sebenar.  Kehidupan yang sebenar bukan seperti yang kita lihat di laman sesawang yang hanya sekadar pendapat dan pemikiran manusia.
Melangkahnye kita ke alam universiti ini yang banyak lagi ilmu yang kita boleh kutip dan kumpul. Di sini kita belajar erti kehidupan. Kehidupan yang mana kita boleh belajar tentang ragam manusia. Kita belajar dari penglihatan kita. Dari penglihatan kita dapat berfikir tentang erti kehidupan. Kehidupan bagaimana yang kita mahu untuk membahagiakan “mereka” yang pernah kita bahagiakan dengan telatah kita seketika dahulu.  Tersilapnya langkah maka hancurlah harapan untuk “kehidupan”..  kehidupan ini perlu juga ditemani dengan orang mahu faham erti kehidupan.
Selagi kita pandang  kehidupan dengan pandangan yang bersahaja maka kehidupan kita akan berlalu dengan sia-sia.  Maka pandanglah ia dengan pandangan yang bersemangat maka kehidupan ini akan bercahaya.


Merapu sorang2:-
7/10/2012
Kolej canselor ,
Upm serdang..

No comments:

Post a Comment